VIDEO Rusia hantar Sepanyol pulang

Sergio Ramos cries as Spain's coach Fernando Hierro comforts him after losing the penalty shootout to Russia on Sunday

PASUKAN tuan rumah Rusia mara ke suku akhir Piala Dunia 2018 selepas membelasah Sepanyol 4-3 secara penalti, susulan keputusan seri 1-1 di Stadium Luzhniki.




Perlawanan itu menjadi kejutan terbesar dalam kejohanan bertaraf dunia itu selepas Sepanyol gagal menguasai permainan, manakala Rusia kukuh di bahagian pertahanan.

Russia goalkeeper Igor Akinfeev saves Iago Aspas's spot-kick to send the hosts through to the World Cup quarter-finals

Akhirnya, juara Piala Dunia 2010 itu terpaksa pulang dengan hampa.

Jaringan gol sendiri oleh Sergei Ignashevich memberikan Sepanyol kelebihan hanya selepas 11 minit permainan bermula.

Pemain berpengalaman Rusia itu membawa bola ke gawang sendiri ketika bergelut dengan Sergio Ramos daripada tendangan percuma.




Rusia pula diberikan tendangan penalti lima minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Tendangan penalti oleh Koke pula berjaya diselamatkan pada awal ‘shootout’, sekali gus memberikan Rusia kelebihan dan Igor Akinfeeve menyelamatkan tendangan Aspas untuk menghantar pasukannya ke kelompok lapan teratas dan Sepanyol pulang.

Russia's forward Artem Dzyuba (second left) sees his header from a corner kick blocked by the arm of defender Gerard Pique

Permainan malam Ahad membuatkan semua yang berada di Stadium Luzhniki dan di rumah menahan nafas apabila pengadil perlawanan dan pasukan VAR memeriksa rakaman pada babak yang melibatkan Gerard Pique dan Sergio Ramos, lewat pada masa tambahan. – Eurosport