VIDEO Tewaskan Denmark, Croatia ‘berpeluh’ ke suku akhir

Croatia booked their place in the World Cup quarter-finals with a dramatic victory over Denmark on Sunday evening

NIZHNY NOVGOROD, Rusia 2 Julai – Croatia dipaksa bekerja keras sebelum berjaya mengatasi Denmark 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti untuk mara ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2018, di sini pagi tadi.




Pada aksi pusingan kedua kalah mati itu, Ivan Rakitic muncul penyelamat apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti kelima yang memisahkan kedua-dua pasukan yang terdahulu terikat 1-1 dalam 90 minit permainan sebenar dan selepas masa tambahan.

With seven minutes to go in extra-time, Ante Rebic rounded the goalkeeper but was brought down for a penalty by Jorgensen


Walaupun penjaga gol kedua-dua pasukan beraksi cemerlang menyelamatkan beberapa sepakan penalti namun pada akhirnya Croatia lebih berhak untuk mara dan bertemu Rusia di suku akhir pada 8 Julai ini.

Terdahulu Rusia mara selepas mengejutkan Sepanyol juga menerusi penentuan sepakan penalti 4-3. – UTUSAN