VIDEO Nyaris dimalukan Jepun, Belgium tepati ramalan ke suku akhir

The Belgium squad spark mass scenes of jubilation after they come back from a two-goal deficit to beat Japan 

ROSTOV, Rusia 3 Julai – Belgium terpaksa bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk menepati ramalan mara ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2018 dengan menundukkan satu-satunya wakil Asia yang tinggal, Jepun 3-2, di sini sebentar tadi.




Pada aksi pusingan kedua kalah mati yang berlangsung di Rostov Arena itu, skuad bimbingan Roberto Martinez dipaksa menunggu hingga ke masa kecederaan untuk memperoleh gol kemenangan yang dijaringkan Nacer Chadli.

Terdahulu kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas Genki Haraguchi dan Takashi Inui menjaringkan gol untuk Jepun pada minit ke-48 dan 52 sebelum Belgium bangkit menyamakan kedudukan menerusi Jan Vertonghan dan Marouane Fellaini pada minit ke-69 dan 74.




Super-substitute Marouane Fellaini wheels away in celebration after helping Belgium get back into the round of 16 clash

Haraguchi celebrates with the Japan bench after scoring the first goal just three minutes after the restart on Monday

Namun menerusi satu serangan balas pantas ketika perlawanan seakan bakal berlanjutan ke masa tambahan, Chadli muncul wira Belgium untuk mengecewakan Jepun pada saat-saat akhir 90 minit permainan sebenar.

Ini membolehkan Belgium menempah pertemuan dengan Brazil di suku akhir pada 7 Julai nanti.

Brazil mara selepas menewaskan Mexico 2-0. – UTUSAN