VIDEO Benam Fiji, Keputusan, jumlah gol tak penting – Cheng Hoe

Image may contain: 11 people, stadium and outdoor

KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menegaskan keputusan perlawanan dan jumlah jaringan ketika menentang Fiji, malam tadi tidak menjadi ukuran kerana corak permainan dan falsafah bola sepak yang ingin diterapkan menjadi keutamaannya.



Menurutnya, beliau berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan oleh anak buahnya ketika menewaskan lawan itu 1-0 malam tadi dengan menyifatkan mereka menunjukkan keyakinan yang lebih tinggi berbanding beberapa perlawanan sebelum ini.

“Bagi saya, keputusan tidak penting kerana saya melihat pemain berjaya mengekalkan corak permainan dengan hantaran pendek yang menepati falsafah bola sepak yang ingin kita terapkan.

“Walaupun menang 1-0, sekurang kurangnya barisan pemain mengekalkan momentum, namun masih banyak ruang untuk penambahbaikan kerana beberapa hantaran akhir yang cuba dilakukan tidak berhasil.




“Jadi, saya mengharapkan aspek ini dapat diperbaiki pada perlawanan akan datang,” katanya padang sidang media selepas perlawanan.

Pada aksi persahabatan kelas A di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu jaringan tunggal Syafiq Ahmad pada minit ke-19 sudah cukup menewaskan pasukan di ranking ke-165 dunia itu sekali gus akan memperbaiki kedudukan Malaysia yang kini berada di tangga ke-171.




Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor

Mengulas lanjut mengenai aksi terbabit, bekas pengendali Kedah itu menjelaskan barisan pemainnya mendapat tentangan yang sukar khususnya selepas lawan memiliki kelebihan daripada segi fizikal.

“Saya berpendapat ini satu perlawanan yang mencabar khususnya dari aspek fizikal kerana tidak mudah buat pemain kita untuk bersaing dengan Fiji.

“Mungkin kita bermula dengan agak kelam kabut dan tidak tersusun. Malah selepas menghasilkan jaringan, ketiadaan Syafiq sedikit menjejaskan jentera serangan kita.

“Kita beraksi dengan baik pada 20 minit pertama separuh masa kedua namun kelebihan fizikal menyaksikan pemain kita kurang bermaya ketika menghampiri 20 minit terakhir.

“Tetapi semangat berpasukan dan semangat untuk menang membolehkan pemain memberikan permainan yang menarik dan ini adalah senjata utama kepada pasukan ini,” katanya.