Perancis optimis ke pentas final

DESCHAMPS (tengah) mengakui Perancis tidak berdepan masalah menentang

SAINT PETERSBURGH – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps optimis para pemainnya dapat mengekalkan aksi positif yang dipamerkan sejak aksi peringkat kumpulan termasuk ketika bertemu Argentina dan Uruguay menjelang aksi menentang Belgium pada saingan separuh akhir awal pagi esok.

Les Bleus kini berjaya menunjukkan aksi yang sangat baik serta mara ke separuh akhir apabila dua pemainnya iaitu Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann yang berjaya mempamerkan aksi cemerlang apabila masing-masing telah menyumbat tiga gol buat Perancis.



“Tidak ada banyak komen yang boleh saya berikan selepas melihat corak permainan yang baik ditunjukkan barisan pemain sepanjang kempen kali ini.

“Pemain telah menunjukkan mentaliti bermain untuk menang dalam semua perlawanan sebelum ini dan saya merasakan bukan satu masalah kepada kami untuk berdepan Belgium kali ini.

“Saya akan mencari jalan supaya pemain dapat melakukan yang terbaik untuk memperoleh tiket ber–aksi di pentas final untuk kempen di Rusia,” kata Deschamps.




Sementara itu, Deschamps me–ngakui Olivier Giroud telah menunjukkan aksi yang cemerlang untuk membantu pemain lain menghasilkan gol di Rusia meskipun penye–rang tersebut belum meledak sebarang gol untuk kempen kali ini.

“Sememangnya betul Giroud belum menjaringkan gol tetapi saya ulangi, dia belum dan peluangnya masih terbuka ketika bertemu Belgium.

“Giroud merupakan salah seorang watak penting dalam pasukan kerana dia mempunyai gaya yang tersendiri ketika beraksi di atas padang.

“Penampilannya kita boleh lihat ketika kami menyingkirkan Argentina sebelum ini yang mana dia telah membantu Mbappe menjaringkan gol dan pasukannya sememangnya memerlukan aksi sedemikian rupa daripadanya,” kata Deschamps.

Perancis kini optimis untuk me­nundukkan skuad bim­bingan Roberto Mar­tinez awal pagi esok yang mana kemenangan tersebut akan memberikan tiket untuk Les Bleus beraksi di pentas final Piala Dunia Rusia 2018 dan akan berdepan England atau Croatia pada Ahad ini.