Zola kembali bantu Chelsea

LONDON 19 Julai – Legenda Chelsea, Gianfranco Zola kembali semula ke kancah Liga Perdana Inggeris selaku pembantu kepada Maurizio Sarri.



Bekas penyerang Itali itu sebelum ini menghabiskan tujuh musim di Stamford Bridge bermula 1996-2003 dengan membuat 312 penampilan dan menjaringkan 80 gol.

Penglibatannya itu menyaksikan dia berjaya merangkul Piala Juara Eropah 1998 dengan menundukkan Stuttgart di Stockholm, salah satu daripada empat kejayaan Zola bersama kelab London itu.

“Bagi saya ini adalah sesuatu yang hebat. Saya bersedia untuk bekerja keras kerana saya tahu cabaran ini sangat sukar tetapi saya gembira untuk berada di sini dan bekerja bersama Maurizio untuk mengecapi kejayaan.




“Sangat menggembirakan untuk berjaya bersama Maurizio dan kelab ini, saya akan berikan yang terbaik sama seperti ketika saya bergelar pemain.

“Saya sudah bersedia dengan cabaran ini secara amnya. Saya tidak sabar untuk memulakan pengembaraan ini,” kata Zola kepada laman web Chelsea.-AGENSI