Perpindahan Alisson mencipta rekod dunia

Image result for Alisson Becker

LONDON 20 Julai – Liverpool sah menandatangani pemain Brazil, Alisson Bekcker dari AS Roma sekali gus memecahkan rekod sebagai penjaga gol termahal yang bernilai 72.5 juta euro (RM344 juta).



Kelab Serie A itu mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa yuran perpindahan yang Liverpool bersetuju untuk membayar bagi mendapatkan pemain berusia 25 tahun itu mengatasi rekod pembelian Juventus terhadap Gianluigi Buffon pada 2001 yang bernilai 53 juta euro (RM251 juta).

Related image




“Saya sangat gembira, impian menjadi kenyataan apabila dapat menyarung jersi kelab berprestij yang mempunyai sejarah gemilang. Menyertai Liverpool merupakan langkah terbesar yang dibuat dalam hidup dan karier saya,” kata Alisson.

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp berkata dia akan berasa kerugian jika tidak mendapatkan salah satu penjaga gol terbaik itu.

“Pada satu ketika dalam beberapa minggu lalu, peluang untuk menandatangani salah satu penjaga gol terbaik – saya tidak berfikir panjang,” katanya. – REUTERS