Piala Juara Antarabangsa: Dortmund benam Liverpool

Borussia Dortmund's Christian Pulisic scores his first goal from a penalty

LOS ANGELES: Pemain antarabangsa Amerika Syarikat, Christian Pulisic menjaringkan dua gol pada babak kedua bagi membantu Borussia Dortmund menewaskan Liverpool 3-1 dalam aksi Piala Juara Antarabangsa di North Carolina, awal pagi tadi.



Pulisic hampir meledak hatrik pada minit ke-93 tetapi percubaan dari dalam kotak penalti berjaya diselamatkan sebelum bola muntah disambar rakan sepasukan, Jacob Bruun Larsen bagi menjaringkan gol ketiga buat Dortmund.

Dengan Mohamed Salah, Pedro Chirivell, Georginio Wijnaldum, Sadio Mane dan Marko Grujic tidak disenaraikan untuk perlawanan itu, Liverpool sekadar membariskan pemain kurang berpengalaman dalam kesebelasan utama pada aksi di Stadium Bank of America.

Virgil van Dijk (second left) leaps above the Borussia Dortmund defenders to head Liverpool in front during friendly

Pemain Belanda, Virgil van Dijk membuka tirai jaringan buat Liverpool pada minit ke-25 apabila menanduk masuk hantaran jauh Andre Robertson.




Kedua-dua pasukan melakukan pertukaran pemain pada babak kedua yang menyaksikan Dortmund tampil dengan permainan yang lebih agresif.

Pulisic berjaya menyamakan kedudukan menerusi penalti pada minit ke-66 sebelum meledak gol kedua peribadinya dalam perlawanan itu minit ke-89 dan Larsen melengkapkan kemenangan dengan jaringan ketiga buat Dortmund. – AFP