Manchester United mahukan Perisic

Image result for Ivan Perisic

LONDON 27 Julai – Manchester United merancang untuk menandatangani bintang Croatia, Ivan Perisic sebagai persediaan sebelum pemain kelab itu, Anthony Martial meninggalkan Old Trafford.



Martial sudah memberi bayangan untuk meninggalkan United malah kelabnya itu juga dikatakan bakal melepaskan pemain berkenaan andai memperoleh tawaran menarik daripada mana-mana pasukan.

Dilaporkan United mahu sekurang-kurangnya 70 juta pounds (RM373.2 juta) jika ingin menjual Martial dan ketika ini pemain berkenaan berada dalam radar Paris St Germain (PSG) dan Bayern Munich.




Pengurus United, Jose Mourinho cuba untuk meletakkan Perisic pada musim lalu dengan yuran sekitar 40 juta pounds (RM213.2 juta) dan kini selepas pemain itu mempamerkan aksi menakjubkan dalam kempen Piala Dunia bersama Croatia maka nilai terbaharu harus dinaikkan sehingga 60 juta pounds (RM319.9 juta).

Mourinho berkata, United telah mengesahkan bahawa Matteo Darmian mahu meninggalkan Old Trafford namun kelab itu belum menerima mana-mana tawaran yang menarik terhadap pertahanan Itali berkenaan.

“Matteo mahu meninggalkan kelab ini dan apabila ada pemain mahu melangkah keluar, jika ada tawaran yang baik maka anda boleh menerimanya,” kata Mourinho. – AGENSI