Roma mahu Messi sebagai ganti

Image result for James Pallotta

ROME 27 Julai – Presiden AS Roma, James Pallotta meluahkan rasa marahnya terhadap tindakan Barcelona yang di label sebagai tidak beretika dan tidak bermaruah apabila menandatangani Malcom ketika kelab Itali berkenaan sudah mempunyai perjanjian dengan pemain berkenaan dan bekas kelabnya Bordeaux.



Kata Pallotta, dia mahu Lionel Messi ditawarkan kepada mereka sebagai pampasan dan tanda maaf.

Skuad Giallorossi itu menjangkakan pemain sayap Brazil berkenaan akan tiba untuk ujian perubatan pada awal minggu ini namun semuanya telah dibatalkan apabila Barcelona menaikkan tawaran kepada Bordeaux.

Barcelona's new Brazilian forward Malcom




Roma dan Barcelona masing-masing bersaing untuk mendapatkan Malcom namun pemain itu akhirnya menandatangani dengan kelab Sepanyol berkenaan kurang 24 jam sekali gus mengundang rasa marah kelab Serie A berkenaan.

“Mereka tahu apa yang sepatutnya dilakukan.

“Semalam mereka memohon maaf kepada kami atas tindakan berkenaan namun saya tidak menerima permohonan maaf mereka.

“Kami sedar Malcom tidak akan kami peroleh juga jika mereka memohon maaf melainkan jika mereka menawarkan Messi kepada kami,” kata Pallotta. – AGENSI