Zidane boleh jadi pengganti Mourinho

Image result for mourinho zidane united

LEMBAGA Pengarah Manchester United sedia melantik Zinedine Zidane sebagai pengurus baharu sekiranya Jose Mourinho meninggalkan Old Trafford.



Legenda bola sepak Perancis itu membuat kejutan apabila meletak jawatan sebagai pengurus Real Madrid pada hujung musim meskipun berjaya membantu pasukan itu memenangi trofi Liga Juara-Juara buat kali ketiga.

Mourinho dilaporkan tertekan selepas prestasi hambar skuad kendaliannya pada aksi pra musim.




Ketika United sedang aktif mencari pengganti Mourinho, Zidane antara yang mengisi senarai teratas ketika ini, lapor The Sun.

Lebih memburukkan keadaan, pengendali kelahiran Portugal itu kecewa dengan Ed Woodward kerana kurang ‘membeli’ pemain baharu musim ini.

Beberapa pemain United percaya masa depan Mourinho di Old Trafford semakin menghampiri penghujungnya.

Zidane masih belum terikat dengan mana-mana kelab ketika ini.