PKNP Rencatkan Kepulangan Selangor

Image may contain: 4 people, people playing sport and outdoor

Selangor kembali semula ke Stadium Shah Alam dengan menerima kunjungan PKNP FC dalam perlawanan pertama unifi Piala Malaysia 2018.

15 minit pertama menyaksikan kedua-dua pasukan masih tidak mempunyai rentak yang sepatutnya untuk mengancam lawan masing-masing.

PKNP FC berjaya mendahului pada minit ke-23 menerusi Hafiz Ramdan yang berjaya melakukan penyudah menerusi kaki kiri.



Beliau dengan mudah melepasi 3,4 pemain Selangor untuk menjaringkan gol pertama dalam perlawanan ini.

Selangor hampir mendapatkan jaringan menerusi Shahrul Igwan namun tandukan beliau berjaya dihalang oleh Syazani Fuat.

Beberapa saat kemudian, Fandi Ahmad berjaya menjaringkan gol pada minit ke-32 selepas berjaya melepasi barisan pertahanan Selangor.

Beliau yang berhadapan dengan Haziq Ridwan dalam situasi 1 lawan 1 berjaya menewaskan penjaga gol itu dengan mudah.

Separuh masa pertama jelas menyaksikan Selangor kekok dalam perlawanan ini dan tidak berjaya menyesuaikan diri dalam perlawanan.

Sebaliknya, PKNP FC yang selesa dan hasilnya 2 gol berjaya dihasilkan.

Seperti dijangka, Selangor bermain dengan menyerang dari awal pada separuh masa kedua.

Walaupun berkali-kali melakukan serangan, PKNP FC pula yang berjaya menjaringkan gol.

Ritus Krjauklis menolak mudah bola ke dalam pintu gol pada minit ke-63 selepas Selangor gagal menguruskan sepakan percuma yang diberikan oleh PKNP FC.




Haziq jelas gagal menangkap kemas bola dan tangkapan muntah beliau jatuh ke kaki Krjauklis.

PKNP FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Azraei Omar dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua.

Keputusan itu dilakukan oleh pengadil selepas Azraei mengasari Saiful Ridzuwan.

Secara keseluruhannya, Selangor jelas tidak mempunyai rentak yang dimahukan dalam usaha mendapatkan 3 mata.

Sebaliknya, taktikal yang dibawa oleh Abu Bakar Fadzim jelas memberikan kejayaan buat PKNP FC pada perlawanan ini.