Amaran awal kelab MISC-MIFA

PASUKAN MISC-MIFA mencipta kejutan apabila berjaya menjinakkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-1 dalam aksi pertama Pia­la Malaysia di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin kelmarin.

Turun beraksi kali pertama dalam saing­an piala berprestij ter­sebut, nyata pasukan daripada Liga Premier itu bukan pa­sukan yang boleh dipandang mudah, sebaliknya semua pencabar harus berwaspada de­ngan keha­diran skuad bimbingan K. Devan (gambar kecil) itu.



Devan menyifatkan kejayaan menundukkan pasukan gergasi seperti JDT adalah satu penga­laman bermakna buat pasukannya.

“Kami turun kali pertama da­lam kempen Piala Malaysia adalah untuk mencari pengalaman dan memberi saingan kepada pasukan yang bertanding.

“Kami tidak ada apa-apa sasaran, menang atau kalah tidak kisah. Apa yang pen­ting bagi kami ialah pendedahan bermain de­ngan pasukan elit.

“Kita tengok pasukan dalam Kumpulan C semuanya pasukan elit, JDT, Kedah dan Kelantan. Kami hadir untuk memberi saing­an sengit kepada mereka,” katanya ketika ditemui selepas aksi perlawanan ter­sebut kelmarin.

Pada aksi kelmarin, penyerang MISC-MIFA, Kpah Sean Sherman memecah kebun­tuan apabila menghasilkan gol pertama pada minit ke-18.

Tersentap dengan jaringan pem­bukaan itu, JDT memperkasakan asakan ke kubu lawan se­hingga berjaya menyamakan ke­dudukan hasil sepakan penalti minit ke-67 yang disempurnakan Fernando Andres Marguez.




Pada separuh masa kedua, pe­­main tengah MISC-MIFA, Be­o­m­­­geun Bae memastikan pa­su­kan­­nya berjaya menundukkan Harimau Selatan apabila menja­ringkan gol kedua pada minit ke-75.

Mengulas aksi perlawanan itu, Devan memuji kerja keras penjaga gol pasukannya, Mohd. Muhaimin Mohamd yang bertindak cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya JDT untuk menjaringkan gol.

“Kita lihat JDT berusaha se­daya upaya untuk menghasil­kan gol namun kecemerlangan Mohd. Muhaimin menidakkan beberapa percubaan cantik pi­hak lawan, pu­jian harus diberikan kepada pemain ini,” kata­nya.