Ranking Fifa Harimau Malaya kekal

KUALA LUMPUR: Skuad kebangsaan kekal di kedudukan ke-171 dalam ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), hari ini.



Skuad negara yang mencatat kemenangan 1-0 ke atas Fiji dalam aksi persahabatan terakhir pada 5 Julai lalu mengumpul 971 mata keseluruhan.

Jumlah mata yang terkumpul itu turut menyaksikan skuad Harimau Malaya berada di kedudukan ke-27 dalam kalangan negara Asia.

Iran mendahului senarai negara Asia di kedudukan ke-32 dunia, diikuti Australia (43) dan Jepun (55).




Negara terbaik dari rantau Asia Tenggara pula adalah Vietnam di tangga ke-102, diikuti Filipina (115) dan Thailand (122).

Kedudukan nombor satu dunia menjadi milik juara Piala Dunia, Perancis yang mengumpul 1,726 mata, tiga mata di depan Belgium yang menghuni tangga kedua.

Brazil pula berada di kedudukan ketiga dengan 1,657 mata, sementara naib juara Piala Dunia, Croatia nak 16 anak tangga ke kedudukan keempat dengan 1,643 mata.