Aksi sulung Ronaldo, dibayangi tragedi jambatan Genoa

MILAN 17 Ogos- Penampilan pertama Cristiano Ronaldo dalam saingan Serie A bersama Juventus esok, dalam keadaan penduduk Itali sedang bersedih kerana tragedi jambatan Genoa.



Pemenang lima kali Ballon d’Or itu paling menjadi tumpuan pada musim perpindahan selepas berhijrah dari Real Madrid dengan nilai perpindahan 99.2 juta pound (RM529.78 juta).

Tragedi itu menyebabkan perlawanan Serie A membabitkan Sampdoria dan Genoa terpaksa ditangguhkan.

Bagaimanapun kesemua perlawanan akan berlangsung esok iaitu hari yang sama dengan upacara pengebumian 38 mangsa dengan dua pasukan utama, Juventus serta Napoli akan turun beraksi.

Penghormatan selama satu minit akan dilakukan sebelum berlangsungnya perlawanan dengan pemain akan turun beraksi dengan lilitan di pergelangan tangan mereka.




Sementara itu, rakan sepasukan Ronaldo, Sami Khedira berkata, dia begitu teruja untuk beraksi bersama kapten Portugal itu sekali gus melupakan mimpi ngeri ketika beraksi bersama Jerman di Piala Dunia yang tersingkir seawal pusingan pertama.

“Saya tak sabar untuk beraksi pada musim baru. Ia adalah pengalaman sangat menakjubkan dapat beraksi bersama-sama Ronaldo sekali lagi selepas kami berdua pernah beraksi bersama di Real Madrid,” katanya. – AFP