Arsenal tersungkur di Stamford Bridge

Players from both teams watch on as they prepare for a Chelsea free-kick during the second-half of action

LONDON: Chelsea menewaskan Arsenal 3-2 dalam pertemuan tetangga London di Stamford Bridge dengan pemain pertahanan Marcos Alonso meledak jaringan minit ke-81.



Arsenal sebelum itu ketinggalan 2-0 tetapi bangkit menyamakan kedudukan untuk cuba meraih mata selepas dua perlawanan musim ini.

Di babak pertama, Chelsea mendahului permainan pada minit kesembilan menerusi Pedro yang menyempurnakan hantaran lintang Alonso.

Chelsea overcame Arsenal in a thrilling London derby on Saturday evening with Marcos Alonso scoring the winner late on




Penyerang Chelsea, Alvaro Morata meledak gol liga keduanya tahun ini selepas mendapat umpanan Cesar Azpilicueta 11 minit kemudian.

Arsenal bangkit merapatkan jurang pada minit ke-37 menerusi Henrikh Mkhitaryan yang menewaskan Kepa Arrizabalaga – penjaga gol paling mahal di dunia pada penampilan sulungnya di Stamford Bridge.

Alex Iwobi menjadikan kedudukan 2-2 empat minit kemudian.

Di babak kedua, tidak banyak peluang dicipta tetapi Alonso memastikan kemenangan buat pasukannya apabila perancang Belgium, Eden Hazard yang masuk sebagai pemain gantian, membuat umpanan kepada bek Sepanyol itu.

Ia adalah kemenangan pertama pengendali baharu Chelsea, Maurizio Sarri di Stamford Bridge. – REUTERS