Bantuan Ronaldo ceriakan Juventus

Ronaldo used the early stages of the tie to get on the ball as much as possible and drive towards the Chievo defence

VERONA, Itali: Bintang handalan Portugal Cristiano Ronaldo gagal meledak gol namun berjaya membantu Juventus dalam misi mempertahankan kejuaraan dengan kemenangan 3-2 ke atas Chievo ketika Carlo Ancelotti yang memulakan tugasnya sebagai jurulatih Napoli turut bangkit sebelum menewaskan Lazio 2-1 pada aksi pembuka tirai musim baru awal pagi tadi.

Ronaldo,33, yang menyertai skuad gergasi Turin dari Real Madrid biulan lalu dengan kontrak bernilai 100 juta euro (RM470.2 juta) menggenggam penumbuknya dengan gembira meskipun terlepas beberapa peluang selepas pasukan bermati-matian merebut tiga mata pertama.



Skuad juara itu memulakan langkah cemerlang mereka apabila pemain Jerman Sami Khedira membuka jaringan seawal minit ketiga di Stadium Bentegodi buat juara bertahan tujuh musim berturut-turut.

Penyerang Poland Mariusz Stepinski menyamakan kedudukan pada minit ke-37 buat Chievo dan Emanuele Giaccherini meledak penalti pada minit ke-56 susulan kekasaran dilakukan pemain baru Juventus Joao Cancelo.

Namun pemain Chievo Mattia Bani tertanduk bola ke gawang sendiri pada minit ke-75 berikutan tekanan daripada pertahanan Juventus Leonardo Bonucci untuk menyamakan kedudukan.




A late, dramatic strike from Federico Bernardeschi in added time ensured Juve took all three points on the opening weekend

Pada babak terakhir pemain gantian Federico Bernardeschi memastikan kemenangan selepas gol Mario Mandzukic dibatalkan dan penjaga gol Chievo Stefano Sorrentino rebah dan memerlukan bantuan perubatan.

“Cristiano bermain dengan baik pada penampilan sulungnya. Malang sekali dia tidak menjaringkan gol tetapi berjaya menciipta keserasian dengan pasukan biarpun baru tujuh hari bersama,” kata jurulatih Juventus Massimiliano Allegri.

“Saya terkejut melihat betapa selesanya dia di dalam pasukan, dia gembira dengan kemenangan itu dan menikmati permainan.

“Ia kemenangan yang kami mahukan untuk membolehkan kami menuju kejuaraan.” – AFP