Alami sedikit kecederaan, Akhyar bersedia serang kubu Jepun
JAKARTA: Pemain lincah negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid sudah bersedia sepenuhnya untuk mengkucar-kacirkan pertahanan Jepun pada aksi 16 terbaik acara bola sepak Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Jumaat ini.
“Saya rasa tiada masalah besar dengan kecederaan ini, cuma kejang sedikit sebab bermain dua perlawanan penuh.
“Saya berharap tempoh rehat beberapa hari sebelum menentang Jepun mencukupi,” katanya.
Dia memainkan peranan penting dalam kemaraan skuad negara dengan kelincahannya apabila meledak satu gol dan mendapatkan dua sepakan penalti.
“Kami menyaksikan mereka menentang Vietnam tempoh hari, ternyata mereka bagus dalam aspek taktikal dan teknikal serta kecergasan,” katanya.
Malaysia akan memburu tiket suku akhir menentang Jepun di Stadium Patriot Chandrabhaga dekat Bekasi.