Liverpool lantik pakar lontaran ke dalam

LONDON: Liverpool melantik jurulatih pakar lontaran ke dalam untuk bertugas bersama skuad utama mereka dalam usaha mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Jurulatih dari Denmark, Thomas Gronnemark menyertai kelab berkenaan secara sambilan dan mempunyai rekod prestasi yang mengagumkan.



Laporan Sunday Mirror mendakwa perkhidmatan Gronnemark akan diuji oleh pasukan akademi, namun Standard Sport difahamkan dia sudah bekerja dengan skuad senior Liverpool.

Ketika berkerja bersama kelab Denmark, Midtjylland pada tahun 2015, Gronnemark meraih banyak kejayaan dalam Liga Europa termasuk kemenangan pertama 2-1 ke atas Manchester United pada pusingan 32 terbaik hasil permainan ‘set-piece’ mereka.




“Midtjylland menunjukkan bahawa lontaran ke dalam yang jauh boleh menjadi senjata pemusnah jika anda boleh melakukannya dengan teknik, ketepatan dan taktikal yang betul,” kata Gronnemark.

“Ia sangat penting untuk melakukan lontaran ke dalam yang tepat, kerana jika terlalu tinggi, ia mudah dihalang.

“Jika anda boleh membuat lontaran ke dalam yang jauh dan bersama aspek teknikal, ia lebih mudah untuk mencetak gol.”

Skuad kendalian Jugen Klopp kini menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas memenangi tiga perlawanan pembukaan mereka selain dibantu dengan keputusan seri 1-1 Manchester City dan Wolves. – Agensi