Salah, Mesir bertelagah isu penaja

Mohamed Salah ketika beraksi untuk pasukan negaranya Mesir pada

KAHERAH 28 Ogos – Pertelagahan membabitkan bintang Liverpool, Mohamed Salah dan Persatuan Bolasepak Mesir berhubung isu penajaan semakin tegang selepas kedua-dua pihak gagal menyelesaikan dengan baik.



Salah mendakwa Persatuan Bolasepak Mesir telah menggunakan gambarnya bagi tujuan pengiklanan mereka dengan sebuah syarikat telekomunikasi sedangkan penyerang berusia 26 tahun itu sudah pun ditaja satu lagi syarikat telekomunikasi lain yang menjadi pesaing.

Image result for salah pic flight ad




Apa menyebabkan Salah berang, persatuan negaranya tidak langsung memberi respon terhadap bantahannya sebelum ini supaya menghormati hak penajanya. Keadaan tambah tegang apabila Salah membuat pula dakwaan baharu bahawa pemain negara itu tidak mendapat layanan yang baik.

Perbalahan ini pastinya membayangi penglibatan Salah dalam skuad kebangsaan negaranya menjelang pertemuan dengan Nigeria untuk aksi kelayakan Piala Negara Negara Afrika pada 8 September ini. – AFP