Tottenham Hotspur tambah derita Manchester United
MANCHESTER 28 Ogos – Kempen awal musim Manchester United semakin buruk apabila tewas buat kali kedua berturut-turut kali ini kepada Tottenham Hotspur di laman sendiri awal hari ini.
Selepas tewas kepada Brighton 1-2 minggu lalu di laman lawan, skuad bimbingan Jose Mourinho yang sedang bergelut dengan masalah benteng pertahanan yang rapuh mencatat kekalahan lebih teruk iaitu 0-3 di Old Trafford.
Dua gol menerusi Lucas Moura dan satu daripada Harry Kane sudah cukup untuk menambah derita Mourinho yang kini dilihat semakin tertekan untuk mengekalkan jawatannya bersama kelab terkaya di dunia ini.
Dengan kekalahan itu, United kini enam mata ketinggalan di belakang pendahulu liga, Liverpool, Chelsea dan Tottenham selepas tiga perlawanan. – AFP