Copa Libertadores dicemari keganasan

Pemain Independiente dan pengadil menerima kawalan ketat pasukan

SAO PAULO 30 Ogos – Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) berdepan kritikan terbaharu selepas saingan Copa Libertadores yang dianjurkan badan induk itu dicemari dengan insiden keganasan penonton di luar padang dan pergaduhan antara pemain dalam padang.

Ketika aksi kedua antara kelab Brazil, Santos dan kelab Argentina, Independiente di sini, permainan terpaksa dihentikan sebelum wisel penamat berikutan penyokong tuan rumah naik angin dengan CONMEBOL kerana memberi kemenangan 3-0 kepada pasukan pelawat kerana Santos menurunkan pemain yang digantung pada aksi pertama pusingan kedua sebelum itu.



Image result for Copa Libertadores

Sedangkan dakwa penyokong Santos, Independiente juga menurunkan pemain digantung semalam tetapi namanya tiada dalam senarai penggantungan CONMEBOL. Kelemahan badan induk itu menyebabkan berlaku huru-hara dalam bola sepak di benua itu.

Ini belum lagi insiden pergaduhan buruk antara pemain yang berlaku dalam perlawanan antara River Plate dan Racing Club, kedua-duanya dari Argentina semalam. – Agensi