Korea Selatan, Jepun mara ke akhir bola sepak Sukan Asia
CIBINONG, Indonesia 29 Ogos – Pasukan bawah-23 Korea Selatan berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah menundukkan Vietnam 3-1, semalam.
Dalam perlawanan separuh akhir tersebut, gol-gol Korea Selatan dijaringkan oleh Lee Seung-woo (min. 7, min. 55) dan Hwang Ui-jo (min. 30), manakala gol Vietnam hadir menerusi Tran Minh Vuong pada minit ke-70 menerusi sepakan percuma.
Pada perlawanan akhir Sabtu ini, Korea Selatan akan bertemu Jepun yang menewaskan UAE 1-0.
Gol tunggal Jepun di jaringkan oleh Ueda pada min ke 78.
Vietnam dan UAE akan berentap untuk penentuan gangsa.