Perak, Terengganu mara ke suku akhir Piala Malaysia
KUALA LUMPUR 2 Sept. – Perak mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia apabila menewaskan Terengganu 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.
Walaupun tewas namun Terengganu turut layak apabila mendahului Kumpulan A berkongsi 10 mata bersama Perak bagaimanapun dipisahkan dengan perbezaan gol.
Dalam satu lagi aksi Kumpulan A menyaksikan Felcra FC menewaskan Kuala Lumpur 4-3 di Stadium Kuala Lumpur.
Sementara itu, Sabah yang sudah pun mengesahkan tiket lebih awal tidak berdepan masalah untuk menundukkan PKNP FC 2-0 di Stadium Negeri Pulau Pinang dalam aksi Kumpulan D. – UTUSAN