Gol Firmino, Neymar benam Amerika Syarikat

Image result for USA brazil 2-0 friendly

EAST RUTHERFORD, Amerika Syarikat: Roberto Firmino dan Neymar masing-masing meledak gol ketika Brazil menewaskan skuad kurang berpengalaman Amerika Syarikat (AS) 2-0, pada aksi persahabatan antarabangsa, hari ini.

Brazil, yang mengharungi perlawanan antarabangsa pertama selepas kempen mengecewakan di Piala Dunia Russia mengawal sepenuhnya pertemuan berkenaan pada aksi yang berlangsung di Stadium MetLife Stadium, New Jersey.



Pasukan gergasi Amerika Selatan itu sebelum ini memenangi 10 perlawanan terakhir mereka menentang AS dengan kekalahan terakhir direkodkan pada 1998.

Justeru, tiada yang meragui juara dunia lima kali itu akan mencatatkan kemenangan rekod ke-11 berturut-turut dengan tuan rumah turut melakukan deretan kesilapan mudah untuk pelawat mendahului seawal minit ke-11.

Image result for USA brazil 2-0 friendly

Berpunca daripada hantaran pemain sayap Juventus, Douglas Costa, bintang Liverpool, Firmino tampak tidak bermasalah untuk menewaskan penjaga gol AS, Zack Steffen.

Gol kedua Brazil hadir pada babak kedua apabila kapten AS, Wil Trapp menjatuhkan Fabinho di kawasan penalti dengan Neymar, yang diberikan lilitan kapten oleh jurulatih, Tite bagi perlawanan ini mudah menyempurnakannya.




Ia adalah gol ke-58 penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu dan dia kini hanya kurang lima gol untuk melepasi rekod legenda, Ronaldo (62) di tangga kedua penjaring terbanyak Brazil dengan seorang lagi legenda, Pele di tangga teratas dengan 77 gol.

Jurulatih AS, Dave Sarachan yang menghabiskan tempoh setahun sebagai pengendali sementara sejak pemecatan Bruce Arena susulan kegagalan pasukan itu ke Piala Dunia mengakui, skuad kendaliannya terpaksa membayar harga mahal selepas sering kehilangan bola dengan mudah.

“Kami menentang satu pasukan terbaik di dunia,” kata Sarachan. “Kami agak gemuruh. Mungkin kami sepatutnya dapat mengawal bola dengan lebih baik, tetapi itulah sebab mengapa kamu perlu mengharungi perlawanan ini.” – AFP