Lima fakta menarik Liga Perdana Inggeris minggu ini

Image result for eden hazard

LONDON 17 Sept. – Kedua-dua Chelsea dan Liverpool mengekalkan rekod bersih tanpa kalah bermulanya musim ini untuk berada di takhta liga selepas masing-masing menumpaskan Cardiff dan Tottenham, manakala West Ham berjaya keluar dari kelompok terbawah apabila menumpaskan Everton 3-1, iaitu kemenangan pertama sejak dikendalikan oleh Manuel Pellegrini.

Lima fakta menarik minggu ini:

Liverpool telah meningkatkan pembelian semasa pasaran dibuka sebagai usaha untuk merampas gelaran juara liga daripada City, tetapi Chelsea bermula dengan agak goyah dan kelam-kabut di Stamford Bridge.



Chelsea dikejutkan dengan perpindahan penjaga gol utamanya Thibaut Courtois yang mendesak untuk menyertai Real Madrid, tetapi bernasib baik langkah itu tidak dituruti oleh Eden Hazard. Penyerang dari Belgium itu menjaringkan tiga gol ketika tumpaskan Cardiff dengan 4-1 menjadikan 5 gol dijaringkan dalam tiga penampilan di bawah kendalian Maurizio Sarri.

Apakah Chelsea mampu mencabar gelaran liga, ia bergantung kepada kemampuan pasukan itu untuk mengekalkan Hazard di Stamford Bridge.

Kemenangan Liverpool 2-1 keatas Tottenham Hotspur untuk mengekalkan kutipan mata maksimum adalah satu gambaran jelas pengurus Jurgen Klopp serius untuk menggondol gelaran juara liga.

Image result for liverpool tottenham 2-1

Kemenangan mudah pasukan itu di Wembley adalah yang terbaik dipamerkan Liverpool yang kini berada di belakang Chelsea dengan perbezaan gol.

Bagi pengurus Manchester City Pep Guardiola dia mempunyai pilihan barisan pemain berkualiti yang ramai hingga dia mampu tidak menurunkan pemain muda terbaik musim lalu Leroy Sane bulan pertama musim ini.

Sane hanya memerlukan dua minit untuk menjaringkan gol dan sekaligus membantu kemenangan mudah 3-0 ke atas Fulham tempoh hari dan meletakkan pasukan itu di belakang pendahulu dengan perbezaan dua mata.

Guardiola dikatakan berusaha memperbaiki sikap Sane, tetapi pada masa sama dia perlu memberi peluang kepada Bernardo Silva.

Pemain dari Portugal itu akhirnya mendapat kepercayaan Guardiola selepas ayam tambatan Kevin De Bruyne terpaksa berehat panjang akibat daripada kecederaan lutut.

“Mustahil sebagai seorang pengurus untuk tidak menurunkan dia (Silva),” kata Guardiola. “Sebab itu dia berhak untuk bermain sepenuh masa.”




Jose Mourinho tetap tenang walaupun Manchester United menang tipis 2-1 ke atas Watford tempoh hari – perbezaan sikap 360 darjah jika dibandingkan ketika dia naik angin selepas kekalahan sebelumnya.

Dia memuji prestasi Marouane Fellaini dan Romelu Lukaku malah memberi komen yang lembut ketika ditanya insiden Nemanja Matic dibuang padang pada minit akhir perlawanan.

“Saya tidak tahu,” katanya. “Bagi saya Mike Dean (pengadil) sangat bagus dan pembantunya juga.”

Image result for mourinho watford

Bahkan dia sempat membuat jenaka tentang fesyen rambut Chris Smalling. “Dia bagus,” kata Mourinho. “Seperkara yang saya tidak suka adalah fesyen rambutnya, tetapi siapa saya untuk mengarahkannya.”

Terdapat spekulasi pengurus baharu West Ham Manuel Pellegrini walaupun diberi AS$129 juta untuk membeli pemain sebelum musim bermula, tetapi mungkin akan dipecat selepas memulakan kempen dengan empat kekalahan berturut-turut.

Bagaimanapun kemenangan 3-1 ke atas Everton, semalam, meredakan seketika khabar angin tersebut dan mungkin pengurus dari Chile itu lebih ceria untuk menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-65.

Sebagai bekas pengurus City, Pellegrini sedar situasi sentiasa tidak menentu di Liga Perdana Inggeris, tetapi kemenangan di Goodison Park menunjukkan beliau mempunyai perancangan jangka panjang untuk kelab tersebut.

“Kami menjaringkan gol dan sentiasa mencuba untuk mencetak gol. Saya lihat pemain berusaha keras setiap hari… saya yakin dan pemain sentiasa diberi keyakinan.” – AFP