Liridon Anggap Nidzam Adha Pengecut

Image result for Liridon Krasniqi

Pemain import Kedah pada musim ini, Liridon Krasniqi menyampaikan amanat terakhir dan harapan beliau untuk Kedah pada musim akan datang.



Dalam satu muat naik di laman Instagram Story milik beliau, pemain yang sinonim dengan gelaran Mat Don ini menempelak bekas Ketua Jurulatih, Nidzam Adha Yusof.

Dalam kenyataan berani oleh pemain import yang pernah bersama Kedah sejak empat musim lalu itu, Liridon menempelak sikap Nidzam.

“Satu hal lagi. Lelaki ini adalah manusia paling pengecut pernah saya jumpa.

“Anda meninggalkan kami tanpa mengucapkan selamat tinggal. Anda tinggalkan kami ketika kami jatuh. Anda hilang begitu sahaja.




Image may contain: 1 person, text

“Bercakap mengenai pemain dari belakang kepada media adalah perkara terbaik anda lakukan. Tetapi kami kekal di sini.

“Anda adalah seorang yang tewas tanpa miliki sebarang karakter,” ujar Liridon.

Pada 18 Ogos lalu, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Mohd Asmirul Anuar Aris mengumumkan Ketua jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusoff “direhatkan” daripada jawatan itu sehingga tamat saingan Liga Malaysia musim ini.

Tugas tersebut dipangku sementara Penolong ketua jurulatih Kedah Azzmi Aziz sehingga tamat saingan Piala Malaysia.

Apa yang cuba disampaikan Liridon mungkin bermakna Nidzam bukan direhatkan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) seperti yang didakwa.

Tetapi mungkinkah Nidzam sendiri yang bertindak meninggalkan pasukan? – Semuanyabola