VIDEO: Pemain Kedah Bergaduh Ketika Menjalani Sesi Latihan

Image result for liridon baddrol gaduh

Krisis dalaman skuad Kedah kini menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan terutamanya dalam isu yang melibatkan bintang import pasukan itu, Liridon Krasniqi.



Sebentar tadi satu muat naik di laman Instagram Story milik Liridon, pemain yang sinonim dengan gelaran Mat Don ini menempelak bekas Ketua Jurulatih pasukan itu, Nidzam Adha Yusof.

Difahamkan beliau mempunyai masalah peribadi dengan jurulatih itu dan lebih senang dengan kehadiran pembantu jurulatih skuad itu, Azzmi Aziz. Ini dapat dilihat apabila pemain dari Kosovo itu bertindak mencium kaki Azzmi selepas meraikan gol ke atas JDT dalam saingan Piala Malaysia minggu lepas.

Terbaharu, satu video yang memaparkan insiden pergaduhan antara pemain skuad Helang Merah ketika menjalani sesi latihan sedang viral di media sosial. Dikhabarkan video ini dirakam ketika Nidzam Adha masih menjadi ketua jurulatih.




Menerusi rakaman video itu, kelihatan Liridon Krasniqi melakukan terjahan keras ke atas Syazwan Zainon sehingga menimbulkan pertengkaran antara mereka. Ia juga memaksa Baddrol Bakhtiar masuk campur dan hampir berlaku pergaduhan antara mereka.

Perkembangan ini menguatkan lagi khabar angin mengenai wujudnya krisis dalaman di dalam skuad Kedah sehingga menyebabkan mereka gagal menunjukkan prestasi sebenar pada musim ini. – semuanyabola

Saksikan rakaman video tersebut.