VIDEO Sabah tewas 4-0 di tangan Pahang

sabah pahang

KOTA KINABALU – Pasukan Sabah beraksi hambar di padang sendiri apabila gagal mengikat Pahang dengan keputusan 4-0 dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia 2018 di Stadium Likas di sini malam ini.



Gol pertama Pahang dihadiahkan penyerang Norshahrul Idlan Talaha pada minit kesembilan diikuti gol kedua oleh Muhammad Zuhair Aizat Mohd. Nazmi pada minit ke-38.

Separuh masa kedua pula menyaksikan anak buah Dollah Salleh mengawal penuh permainan dengan beberapa kali membolos pertahanan Sabah.




Pahang terus mengukuhkan kedudukan dengan menambah gol ketiga buat pasukan itu pada minit ke-78 hasil jaringan Patrick Dos Santos Cruz dan gol keempat oleh Issey Farran Morgan Nakajima pada minit terakhir perlawanan.

Keputusan kekal 4-0 sehingga tamat perlawanan.

Seramai 6,600 penyokong hadir menyaksikan perlawanan. – K!