VIDEO Juventus menang, Permulaan yang sedih buat Ronaldo

Cristiano Ronaldo was sent off on his Champions League debut for new club Juventus

VALENCIA 20 Sept. – Penampilan sulung Cristiano Ronaldo bersama Juventus di pentas Liga Juara-Juara berakhir dengan tangisan apabila dia dibuang padang ketika menentang Valencia, sebentar tadi.

Pemain Terbaik Dunia itu dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Jerman, Felix Brych seawal minit ke-29 selepas berbalah dengan pertahanan Valencia, Jeison Murillo.



Keputusan itu dilihat terlalu keras selepas Ronaldo yang diasak Murillo dalam kotak penalti hanya membalasnya dengan tendangan perlahan ke arah pemain itu.

Cristiano Ronaldo's red card in Juventus' 2-0 victory over Valencia on Wednesday was harsh




Murillo kemudian merebahkan diri di atas padang, dan selepas berbincang dengan pembantu pengadil, Brych bertindak melayangkan kad merah kepada Ronaldo.

Ronaldo yang tidak percaya dengan keputusan itu terduduk di atas padang dan kelihatan menangis sebelum dipujuk oleh rakan-rakan sepasukan.

Ketiadaan Ronaldo, yang bakal terlepas perlawanan kedua Kumpulan H menentang Young Boys pada 2 Oktober ini bagaimanapun tidak menghalang Juventus daripada pulang bersama tiga mata selepas menang 2-0.

Kedua-dua gol juara Itali itu disempurnakan oleh Miralem Pjanic menerusi sepakan penalti pada minit ke-45 dan 51. – AGENSI