Manchester United keciciran mata kali kedua

The Portuguese midfielder scored an equaliser for the newly-promoted side early into the second half to stun the home fans

MANCHESTER: Manchester United keciciran mata buat kali kedua berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri tatkala mereka diikat 1-1 oleh pendatang baharu Wolves, sebentar tadi.



Lebih menyakitkan kekalahan itu dialami di depan Sir Alex Ferguson yang membuat kemunculan pertama diĀ Old Trafford sejak menjalani pembedahan akibat pendarahan otak pada Mei lalu.

Lukaku had a glorious chance to put the hosts back in front but he headed wide from close range, only to be flagged offside




Walaupun United kelihatan kurang bertenaga pada permulaan aksi, namun mereka terlebih dulu memecahkan kebuntuan seawal minit ke-18, dengan Fred meledak gol sulungnya untuk kelab selepas menerima bola tolakan Paul Pogba.

Malah, Fred hampir menggandakan kedudukan menerusi sepakan percuma, namun percubaan di hujung separuh masa pertama itu berjaya diselamatkan penjaga gol Wolves, Rui Patricio.

Sebaik bersambung babak kedua, Wolves bagaimanapun kembali menyamakan kedudukan menerusi sepakan deras tonggak tengahnya Joao Moutinho yang menuju ke atas gawang United yang dikawal David de Gea.

Selepas itu, Wolves kelihatan lebih merbahaya dengan mencipta deretan peluang menerusi serangan kilat, namun gagal dimanfaatkan jentera serangannya walaupun permainan lebih dikuasai United.

Malah, jika tidak kerana ketangkasan De Gea di hujung permainan, mungkin pengendali Nuno Espirito Santo mampu mengepalai Wolves meraih kemenangan pertama di Old Trafford dalam tempoh 38 tahun. – Agensi