VIDEO Liverpool lakar rekod kemenangan baharu

Mohamed Salah got back to goalscoring ways in added time at the end of the first half by tapping home from close range

LIVERPOOL 22 Sept. – Mohamed Salah menamatkan kemarau jaringan musim ini dengan cukup sempurna apabila membantu Liverpool melakar rekod enam kemenangan berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris selepas selepas membenam Southampton 3-0 di Anfield, sebentar tadi.



Gol sendiri Wesley Hoedt pada minit ke-10, diikuti jaringan Joel Matip (minit ke-21) dan Salah, tiga minit memasuki waktu kecederaan babak pertama membolehkan Reds mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan musim ini (termasuk satu aksi Liga Juara-Juara).

Reds juga muncul kelab keempat berjaya memulakan kempen Liga Perdana dengan enam kemenangan berturut-turut, menyamai rekod Newcastle United (1994), Manchester City (2016) dan Chelsea pada 2005 serta 2009.




The German centre back out-jumped Southampton's Jannik Vestergaard to plant a powerful header on the ball

Kemenangan itu mengembalikan skuad bimbingan Jurgen Klopp di tangga teratas liga, namun kedudukan mereka mampu dipintas seandainya Chelsea menumpaskan West Ham menerusi jaringan besar, esok.

Ini adalah kali pertama sejak 1990/1991, Liverpool berjaya memulakan kempen musim baharu dengan tujuh kemenangan berturut-turut. – AGENSI