Manchester United letak harga Pogba RM1.1 bilion

Image result for pogba mourinho fight

MANCHESTER United bersedia untuk melepaskan Paul Pogba dengan menetapkan nilai pemain itu selepas berlaku konflik antara Pogba dengan Jose Mourinho.

Juara Piala Dunia itu dimaklumkan oleh pengurusnya bahawa dia tidak lagi dianggap sebagai kapten.



Ia berikutan kesilapan Pogba dan kurang memberi perhatian sehingga mengakibatkan United tewas kepada Wolves pada hujung minggu lalu.

United kelihatan memihak kepada Mourinho dan Pogba mungkin terpaksa meninggalkan kelab itu tidak lama lagi.

Namun, satu halangan besar adalah nilai yang perlu dipersetujui oleh kelab yang ingin mendapatkan Pogba.




Image result for pogba mourinho fight
Pogba bertengkar dengan Mourinho ketika latihan

Walaupun jangkaan awal bahawa Paris Saint-Germain, Barcelona dan Juventus mungkin berminat untuk mengambil pemain Perancis itu, bagaimanapun Mirror UK mendakwa United mahu £200 juta (RM1.1 bilion) sebagai pertukaran.

Nilai itu dikatakan amat sukar buat United untuk dipenuhi.

Paulo Dybala masih belum selesai di Juventus, karier Federico Bernardeschi pula semakin mekar, kemungkinan besar United terbuka untuk melakukan pertukaran. – ESPN