VIDEO Piala Malaysia: Sabah, JDT Layak Ke Separuh Akhir

Safawi Rasid muncul wira Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila meledak dua gol untuk menewaskan Pahang 2-0 pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.



Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan semakin hampir untuk mempertahankan kejuaraan piala berprestij itu selepas mara menerusi agregat 3-1 dan akan berdepan Terengganu pada aksi separuh akhir.




Sementara itu Sabah layak ke separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama selepas 11 tahun apabila menewaskan Kelantan 1-0 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Likas, di sini, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Sabah layak menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan walaupun kedudukan agregat terikat 2-2.