VIDEO Sturridge penyelamat Liverpool

The Liverpool striker is congratulated by team-mates after his late goal kept up their unbeaten start to the season

LONDON: Juergen Klopp mengagumi kemampuan Daniel Sturridge memberi impak selepas dimasukkan apabila dia meledak gol seminit sebelum tamat untuk mengekalkan permulaan tanpa kalah Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Gol itu memadamkan kelebihan Chelsea yang mendahului menerusi jaringan Eden Hazard pada minit ke-25 dan dan keputusan seri 1-1 itu meletakkan Liverpool setanding Manchester City di persada liga menjelang pertemuan antara kedua-dua pasukan di Anfield minggu depan.



Sturridge sering dibelenggu kecederaan sepanjang tiga tahun Klopp mengambil alih kelab Anfield itu dan dipinjamkan ke West Brom sepanjang babak kedua musim lalu.

Walaupun menjadi simpanan untuk Roberto Firmino, Mohamed Salah dan Sadio Mane, Sturridge kini sudah mengumpul empat gol dalam tujuh penampilan musim ini.

“Bilik persalinan seperti pesta. Dia mengharungi tempoh yang sukar tapi kini dia menikmati saat gemilang,” kata Klopp.

“Dimasukkan dalam keadaan cergas dan membuat keputusan cukup penting. Ia gol yang menakjubkan. Dia melengkapkan pramusim dan kini berada dalam keadaan terbaik sejak saya mengenalinya.”




Buat kali kedua dalam tempoh empat hari, Hazard tampak mampu menghantui Liverpool sekali lagi, selepas menamatkan kempen lawannya itu dalam saingan Piala Liga Rabu lalu, apabila membuka jaringan pada minit ke-25.

Chelsea kini hanya dua mata ketinggalan di tangga ketiga dan terus menunjukkan keupayaan sebagai pencabar gelaran di bawah kendalian Maurizio Sarri yang masih belum tewas pada musim sulungnya di Stamford Bridge. – AFP