Manchester City tekad buru Mbappe

Image result for Kylian Mbappe

MANCHESTER 1 Okt. – Manchester City mensasarkan untuk membawa masuk bintang Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe pada pasaran perpindahan Januari depan.

Jurulatih City, Pep Guardiola percaya pemain Perancis itu mampu membantu pasukannya dalam mengecapi kejayaan di Liga Juara-Juara apabila mahu melakukan bidaan 200 juta pound (RM37 bilion) sekali gus bakal memecah rekod dunia.



Jika tawaran tersebut berlaku, itu bermakna rekod perpindahan Neymar yang menyertai PSG dari Barcelona pada tahun lalu dengan nilai 198 juta pound (RM36 bilion) berjaya dipadam.

Mbappe sudah berada dalam radar Guardiola sejak dia beraksi di Monaco apabila dia menunjukkan persembahan memukau ketika menyingkirkan City di peringkat kalah mati dalam Liga Juara-Juara musim lalu. – AGENSI