VIDEO Benam PKNS, Perak layak ke separuh akhir

WANDER LUIZ (kanan) meledak kedua-dua gol jaringan untuk membawa

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Dua jaringan Wander Luiz membawa juara tujuh kali, Perak mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menyingkirkan PKNS FC 2-0 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.



Pemain tengah kelahiran Brazil itu meledak gol pada minit ke-23 dan 57, sekali gus bakal menemukan Perak dengan Sabah.

Jaringan pertama Luiz hadir menerusi rembatan jarak jauh, sebelum dia menanduk gol kedua untuk menumpaskan PKNS buat kali pertama, musim ini.




Kedua-dua pasukan sebelum ini turut bertemu dalam Piala FA, yang menyaksikan PKNS memenangi pertemuan mereka, begitu juga pada saingan Liga Super.

Kali terakhir Perak muncul juara Piala Malaysia adalah pada 2000 selepas mengalahkan Negeri Sembilan 2-0 dalam perlawanan akhir.

Satu lagi saingan separuh akhir akan menemukan penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu. – UTUSAN ONLINE