Juventus tiada masalah tanpa Ronaldo

Image result for Rodrigo Bentancur ronaldo

JUVENTUS: Juventus mampu menampung ketiadaan pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo menjelang aksi Liga Juara-Juara pertengahan minggu ini, kata perancang tengah The Old Lady, Rodrigo Bentancur.



Ronaldo digantung perlawanan untuk pertembungan dengan Young Boys, awal pagi Rabu ini selepas dilayangkan kad merah dalam aksi pembukaan kumpulan berdepan Valencia.

Jelas Bentancur, Juventus mempunyai beberapa pilihan lain di barisan depan seperti Mario Mandzukic dan Paulo Dybala dan Bentancur amat yakin mereka mampu menguruskan ketiadaan pemain bernilai £100 juta pound (RM540 juta) itu.

Bentancur memberitahu laman web Juventus: “Kami mahu menang ke atas Young Boys supaya kami sudah sebelah kaki ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara, tetapi kami sedar ia bukannya mudah kerana semua pasukan yang ditemui adalah yang terbaik.




“Kami tidak mempunyai Cristiano dan kami tahu betapa pentingnya dia untuk kami, tetapi ini adalah sukan berpasukan, ada 11 pemain yang akan berada di dalam padang dan memberikan segala-galanya.

“Ronaldo berada pada prestasi terbaik hujung minggu lalu, membantu Juventus mencatat kemenangan 3-1 ke atas Napoli dalam Serie A dengan dia memainkan peranan dalam semua gerakan gol.” – Agensi