Pintu Barca sentiasa terbuka untuk Pep

Image result for Pep Guardiola barcelona

LONDON 2 Okt. – Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu menegaskan pintu kelabnya sentiasa terbuka untuk menerima kepulangan Pep Guardiola seandainya jurulatih Manchester City mahu kembali bersama bekas majikannya.



Jurulatih berusia 47 tahun itu pernah beraksi bersama Barca selama 11 tahun sebelum mengemudi pasukan itu pada 2008, memimpin pasukannya memenangi 14 trofi termasuk dua Liga Juara-Juara.

Dia meninggalkan Barca pada 2012 menyertai Bayern Munich sebelum berhijrah ke City di mana dia menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Bulan lalu, Guardiola berkata dia ingin menamatkan karier kejurulatihannya di akademi terkemuka Barca, La Masia dalam satu temubual bersama rancangan televisyen Universo Valdano.

“Saya ada membaca berita beberapa hari lalu mengatakan dia ada perancangan untuk kembali ke pangkuan Barcelona dan mungkin mengambil alih La Msia.




“Saya fikir itu berita yang bagus untuk kelab kami kerana dia boleh melakukannya suatu hari nanti.

“Dia tahu pintu kami sentiasa terbuka untuknya. Walaupun dia memberitahu mahu meninggalkan kami pada 2012, kami mencadangkan kepadanya supaya mengambil alih La Masia.

“Dia setuju. Tiada sesiapa pun menyuruhnya meninggalkan Barcelona. Dia boleh kembali pada masa akan datang. Dia tahu tentang perkara ini. Kenapa tidak?,” kata Bartomeu. – AGENSI