Arsenal menang, Morata tamatkan badi jaringan

Arsenal secured a comfortable 3-0 victory over Qarabag to maintain their perfect start to the 2018-19 Europa League

PARIS: Arsenal meraih kemenangan 3-0 di laman juara Azeri, Qarabag dalam saingan Liga Europa awal pagi tadi manakala Celtic kecundang 1-3 di tangan Red Bull Salzburg.

Sokratis Papastathopoulos menyempurnakan jaringan menerusi tandukan pada minit keempat di Baku, manakala bekas pemain akademi Arsenal, Emile Smith Rowe dan pemain muda Perancis, Matteo Guendouzi masing-masing menjaringkan gol pertama mereka bersama kelab kendalian Unai Emery itu.



The Gunners kini melanjutkan rentak kemenangan mereka kepada lapan perlawanan dan mendahului Sporting Lisbon dengan kiraan perbezaan jaringan di puncak Kumpulan E, selepas pasukan dari Portugis itu meraih kemenangan 2-1 di Ukraine ke atas Vorskla Poltava.

Pemain tengah Arsenal dari Armenia, Henrikh Mkhitaryan tidak mengikuti kunjungan ke Azerbaijan susulan ketegangan diplomatik antara negara berkenaan dan negara kelahirannya itu.

Chelsea's Alvaro Morata waves at the end of the Europa League group L soccer match between Chelsea and Vidi FC at Stamford Bridge stadium in London, Thursday, Oct. 4, 2018. Morata scored the goal in Chelsea's 1-0 win. (AP Photo/Matt Dunham)

Sementara itu Alvaro Morata meledak gol tunggal perlawanan untuk memastikan Chelsea menang 1-0 ke atas juara Hungary, Vidi dalam saingan Liga Europa, manakala Arsenal pula menang selesa, 3-0 menentang Qarabag di Azerbaijan, awal pagi tadi.

Penyerang Sepanyol, Morata yang ketandusan jaringan sejak 18 Ogos, banyak mensia-siakan deretan peluang keemasan dalam pertembungan di Stamford Bridge, sebelum berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-70.




Pemain gantian, Ross Barkley juga mencuba nasib tetapi bola tandukannya terkena palang gol, manakala Kepa Arrizabalaga – penjaga gol termahal dunia, mempamerkan aksi cemerlang untuk menafikan percubaan Istvan Kovacs yang memburu gol penyamaan.

“Tugas kami sudah selesai. Perlawanan seperti ini memang sukar, tetapi apa yang penting ialah kami cukup bermotivasi. Kami tidak berputus asa untuk mencuba dan kami memang layak menerima keputusan ini,” kata kapten Chelsea, Gary Cahill kepada BT Sport.

“Sudah pasti, sebagai penyerang, apabila menjaringkan gol, ia akan meningkatkan keyakinan mereka. Morata melakukan beberapa gerakan menarik dan kami sendiri apabila melihat dia kembali menggegarkan jaring,”

Ketika ini, Chelsea mengetuai Kumpulan L dengan enam mata penuh, hasil kemenangan ke atas POAK, 4-1 dalam perlawanan pertama.

ARS

CHEL