Cristiano Biraghi selamatkan Itali

Cristiano Biraghi, centre, scored the only goal of the game (Czarek Sokolowski/AP)

CHORZOW, Poland: Cristiano Biraghi menghadiahkan kemenangan sulung kepada pengendali Itali, Roberto Mancini dalam aksi kompetitif, apabila meledak gol tunggal pada penghujung perlawanan ketika menang 1-0 ke atas Poland, awal pagi tadi.



Kemenangan itu memastikan skuad Azzurri terus kekal dalam sainganLiga A, Kumpulan 3, Liga Negara-Negara Eropah dan menolak Poland ke zon penyingkiran.

Bek Itali, Biraghi, 26, menjaringkan gol ketika waktu kecederaan dalam perlawanan yang dikuasai sepenuhnya oleh Itali dan jaringan itu juga adalah yang pertama dalam penampilannya bersama skuad kebangsaan.

Ia juga memberikan kemenangan pertama kepada Manchini sejak mengambil alih tugas mengemudi Itali pada Mei lalu, selepas juara dunia empat kali itu gagal layak ke Piala Dunia.

“Kami menguasai perlawanan dan kami menjaringkan gol pertama. Ia mungkin beraksi dengan keputusan 0-0,” kata Mancini.




“Semua pihak cuba melakukan yang terbaik. Memang baik apabila menang dalam perlawanan yang cukup bagus,”

Sementara itu, juara Eropah Portugal, terus mengetuai saingan peringkat kumpulan dengan enam mata selepas dua perlawanan, manakala Itali meraih empat mata selepas tiga aksi dan Poland pula tergelincir ke Liga B, apabila hanya mengumpul satu mata.

Mancini mengekalkan sebahagian besar kesebelasan utama ketika Itali seri 1-1 menentang Ukraine, Rabu lalu –dengan Federico Bernardeschi, Lorenzo Insigne dan Federico Chiesa mengetuai barisan serangan.

Nicolo Barella, 21, dipilih menggantikan Lorenzo Pellegrini untuk mengemudi bahagian tengah selepas dia cemerlang ketika membuat penampilan pertama bersama Itali dalam perlawanan menentang Genoa. – AFP