Dzeko ledak dua gol benam Ireland Utara

Edin Dzeko, centre, scored the goals to down Northern Ireland (Tim Goode/PA)

SARAJEVO: Edin Dzeko meneruskan permulaan sempurna Bosnia dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah selepas penyerang Roma itu meledak dua gol ketika menang 2-0 ke atas Ireland Utara, awal pagi tadi.

Penyerang berusia 32 tahun itu tampil dengan persembahan garang di gelanggang sendiri untuk menyumbat gol pada kedua-dua babak permainan, bagi menghukum pertahanan Ireland yang longlai.



Bosnia ketika ini menghuni tangga teratas Liga B, Liga Negara-Negara yang turut diisi Austria selepas mengutip sembilan mata maksimum daripada tiga perlawanan.

Ireland Utara, yang turut ditewaskan Bosnia di Belfast bulan lalu sudah mengharungi enam perlawanan tanpa menjaringkan sebarang gol dan menghuni tangga tercorot selepas dipalit tiga kekalahan berturut-turut.

Dzeko smashes the ball into the back of the net only for it to be ruled out for offside this time

“Pemain muda membuat keputusan yang salah di kedudukan yang salah di atas padang dan kerana itulah Dzeko adalah pemain yang bagus, dia menghukum kamu,” kata pengurus Ireland Utara, Michael O’Neil.

“Ia adalah satu lagi langkah pembelajaran buat kami.”




Begitupun, perlawanan boleh berakhir sebaliknya jika pemain tengah Middlesbrough, George Saville tidak mensia-siakan peluang untuk meletakkan pelawat di depan, apabila percubaannya berpunca daripada hantaran Jamal Lewis menggegar palang.

Tersentak dengan cubaan itu, Bosnia meningkatkan permainan dan membuka tirai jaringan pada minit ke-27, apabila Lewis melakukan kesilapan dengan menghantar bola kepada Edin Visca di kawasan penalti tetapi berjaya dipintas Dzeko yang tenang menyumbat gol.

Pemain gantian, Gavin Whyte hampir menyamakan kedudukan pada babak kedua tetapi cubaannya turut menggegar tiang sebelum bekas penyerang Manchester City, Dzeko melengkapkan gol kemenangan pada minit ke-73. – AFP