Messi Akan Bergelut Jika Bersama United

Image result for scholes messi

LONDON – Paul Scholes merasakan Manchester United memerlukan pemain berkualiti seperti Eden Hazard dan Kevin De Bruyne untuk menjadikan mereka sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris.



Bagaimanapun, dia memberitahu, Lionel Messi juga akan berdepan masalah sekiranya bersama pasukan itu ketika ini.

United menampilkan aksi memalukan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini dengan pasukan kendalian Jose Mourinho hanya meraih 10 mata daripada tujuh perlawanan pertama.

Kejayaan menundukkan Newcastle United dilihat menjadi punca kebangkitan semula kempen musim ini buat United tetapi Scholes sama sekali tidak percaya pasukan itu mampu mencabar kejuaraan musim ini.

Scholes melihat gandingan David Silva dan De Bruyne serta Hazard selaku penjaring terbanyak sebagai penanda aras musim ini tetapi mengakui bahawa tidak yang pasti dalam saingan liga itu.




“Saya melihat pasukan semasa dan tidak rasa mereka kurang dari segi kualiti.

“Saya merasakan mereka terlepas beberapa pemain bertaraf dunia yang dimiliki pasukan lain.

“Saya melihat De Bruyne, Hazard atau David Silva pemain yang menghubungkan tengah dan bahagian serangan.

“Tetapi sesiapa sahaja pemain yang datang menyertai pasukan ini akan bergelut. Saya rasa kami mampu dapatkan Lionel Messi ketika ini dan dia juga akan bergelut dalam pasukan ini,” kata Scholes yang pernah menjulang 11 trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama Red Devils.- AGENSI