Sathianathan tinggalkan Felda United

Image result for B. Sathianathan

KUANTAN 20 Okt. – Kekurangan dana untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2019 menyebabkan Ketua Jurulatih Felda United, B. Sathianathan mengundur diri daripada membimbing pasukan berkenaan musim depan.



Biarpun sudah mempunyai perancangan untuk membawa masuk pemain-pemain berkualiti dalam skuad The Fighters, Sathianathan terpaksa melupakan hasratnya itu.

Sathianathan berkata, kekurangan dana yang dialami oleh Felda United bukan sahaja melibatkan pasukan malah gajinya turut dipotong sebanyak 60 peratus.




“Pihak pengurusan memberitahu bahawa saya akan kehilangan gaji sebanyak 60 peratus sekiranya masih berminat untuk kekal bersama The Fighters.

“Sebagai seorang jurulatih profesional, saya rasa mengundur diri adalah langkah terbaik kerana ia tidak setimpal dengan usaha saya,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN