AFC B19: Malaysia tewas tipis

Turki Al Ammar v Malaysia - AFC U-19

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Ketua jurulatih skuad Bawah 19 (B-19) negara, Bojan Hodak memuji persembahan anak-anak buahnya biarpun tewas 1-2 kepada Arab Saudi dalam aksi pembukaan Kumpulan D Kejohanan B-19 AFC 2018 di Stadium Patriot Chandrabaga, Indonesia, hari ini.




“Seperti saya katakan sebelum ini, kami bukan pasukan pilihan dan bertemu Arab Saudi yang merupakan salah satu pasukan hebat di Asia membuatkan saya tidak menjangkakan apa-apa namun kami tetap berupaya memberi saingan kepada lawan.

“Saya berbangga dengan persembahan pemain dengan memberikan aksi maksimum malah kami juga mencipta empat atau lima peluang dan sudah pasti perlu diperbanyakkan lagi dalam aksi seterusnya,” katanya.



Image may contain: 11 people, people smiling, people standing, stadium and outdoor

Arab Saudi mendahului pada minit ke-24 menerusi jaringan Turki Marwan Alammar, dan pemain berusia 19 tahun itu hampir menjaringkan gol kedua namun tendangan penaltinya diselamatkan penjaga gol kebangsaan, Muhammad Azri Ghani.

Mereka mengukuhkan kedudukan hasil jaringan Salem Ahmed Alsaleem pada minit ke-78 sebelum Hadi Fayyadh Abdul Razak menjaringkan gol tunggal Malaysia ketika permainan berbaki tiga minit. – UTUSAN