Seri bertemu Chelsea, Man United terpaksa berputih mata

Players also came to blows as referee Mike Dean tried to bring the match back under his control following a frantic ending

LONDON 20 Okt. – Hasrat Manchester United untuk membawa pulang tiga mata berharga tidak kesampaian selepas terikat 2-2 menentang Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.



Keputusan itu pastinya memberi kelegaan kepada Chelsea apabila berjaya mengekalkan rekod tanpa tewas berbeza dengan situasi pengendali United, Jose Mourinho yang semakin tertekan memandangkan dia terdesak untuk mencari kemenangan bagi menjamin kedudukannya di Old Trafford.

Dalam perlawanan tersebut, Chelsea terlebih dahulu berada di depan menerusi tandukan Antonio Rudiger pada minit ke-21 berpunca daripada sepakan penjuru namun kedudukan tersebut tidak kekal lama apabila Anthony Martial menyamakan kedudukan pada minit ke-55.




Michael Carrick, now a fixture of Mourinho's coaching staff at United, looked to give the Portuguese his thoughts on the game

Penyerang Perancis, Martial mengukuhkan kedudukan apabila meledak jaringan kedua pada minit ke-73 setelah menerima umpanan cantik daripada Marcos Rashford.

Bagaimanapun, ketika kemenangan seakan-akan berpihak kepada United, Ross Barkley muncul wira The Blues apabila menyamakan kedudukan pada minit kecederaan sekali gus berkongsi satu mata dengan Red Devils. – AGENSI