Barcelona tidak berminat dapatkan kembali Neymar

Image result for Neymar

PRESIDEN kelab Barcelona, Josep Maria Bartomeu menegaskan pihaknya tidak berniat untuk membeli semula Neymar untuk bermain dalam pasukannya.



Menerusi laporan yang dikelaurkan baru-baru ini, timbul spekulasi mengatakan Barcelona akan membeli semula binyang itu selepas dia berpindah ke Paris Saint-German (PSG) pada Ogos 2017.

“Neymar? Dia tinggalkan pasukan ini, kami tak ada rancangan untuk bawa dia masuk balik.

“Kami tidak merancang untuk mengambil mana-mana pemain pada Januari ini. Ianya skuad yang kecil sebab kami ada juga ada pasukan B,” ujar Bartomeu dalam satu wawancara bersama Catalunya Radio.




Kenyataan itu sekaligus menepis dakwaan yang bertiup kencang mengenai hasrat untuk membawa Neymar kembali beraksi dalam pasukan itu.

Pemain berusia 26 tahun itu setakat ini sudah menjaringkan 39 gol menerusi 41 penampilan sejak menyertai PSG.

Musim ini sahaja, dia berjaya mencatat 11 jaringan menerusi 11 perlawanan yang disertainya.-Yahoo Sports.