VIDEO Juventus terlalu handal untuk United

Ronaldo has his head in his hands after his powerful effort is palmed behind by David de Gea in the second half

MANCHESTER 24 Okt. – Jose Mourinho kecewa jurang besar wujud antara Manchester United dan Juventus yang mencipta kemenangan 1-0 pada perlawanan Liga Juara-Juara yang turut menyaksikan kepulangan Cristiano Ronaldo ke Old Trafford di sini, hari ini.



Ronaldo gagal menjaringkan gol, tetapi dia memainkan peranan menjadi perancang kepada gol kemenangan yang disempurnakan Paulo Dybala pada minit ke-17, dengan Juventus kini mendahlui selesa lima mata ke atas United di persada Kumpulan H.

Hanya ketangkasan David de Gea yang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya telah menghalang daripada tuan rumah ditimpa kekalahan lebih besar.

Semangat juang yang dipamerkan United sewaktu menentang Newcastle dan Chelsea dalam beberapa minggu lalu pada Liga Perdana Inggeris gagal dijelmakan menentang pasukan yang menjadi calon pilihan memenangi Liga Juara-Juara.

Skuad bimbingan Mourinho itu masih boleh menarik nafas lega setelah Valencia terikat keputusan seri 1-1 dengan Young Boys, yang mana United masih memiliki kelebihan dua mata ke atas kelab Sepanyol tersebut, tetapi kekalahan keempat musim ini membangkitkan kembali spekulasi masa depan warga Portugal itu.




Dybala celebrates in typical fashion in front of the home supporters after his 17th minute goal at Old Trafford

Untuk meneruskan keluhannya sepanjang musim ini, Mourinho berkata, United perlu membuat pelaburan yang lebih besar dalam pasaran perpindahan jika berhajat mencapai tahap Juventus.

Juventus berbelanja sebanyak 112 juta euro (RM534 juta) bagi mendapatkan khidmat Ronaldo, 33, Julai lalu dan turut membeli Leonardo Bonucci, hanya setahun selepas menjual pemain antarabangsa Itali itu ke AC Milan.

“Encik Bonucci, Encik (Giorgio) Chiellini, mereka boleh pergi ke Harvard untuk memberikan tunjuk ajar tentang bagaimana untuk menjadi pertahanan tengah yang bagus.

“Juventus muncul juara selama tujuh tahun berturut-turut, dua kali ke final Liga Juara-Juara dalam tempoh empat atau lima tahun dan mereka tidak gembira dengan apa yang dimiliki, mereka mahu lebih daripada itu.

“Mereka mempunyai (Gonzalo) Higuain, (Mario) Manduzkic dan Dybala, tetapi hendak lebih daripada itu, mereka mahu Ronaldo. Mereka beli pemain terbaik di dunia. Sebuah kelab besar yang memiliki rekod pencapaian lalu cukup hebat, tetapi mempunyai keiginan besar untuk masa depan yang gemilang,” kata Mourinho. – AFP