De Jong buat peluang Spurs semakin tipis

LUUK DE JONG meraikan gol selepas PSV berjaya mengikat Spurs 2-2

EINDHOVEN (Belanda) 25 Okt. – Luuk De Jong menjaringkan gol yang dramatik menyamakan kedudukan pada detik akhir perlawanan ketika PSV Eindhoven mencatat keputusan 2-2 Liga Juara-juara berdepan 10 pemain Tottenham Hotspur, meletakkan peluang kelab Inggeris itu semakin tipis.



Tanpa kutipan mata daripada dua perlawanan pembukaan kumpulan B, keputusan tersebut tidak menyebelahi kedua-dua pasukan sama ada Spurs atau PSV di Stadium Philips, semalam.

Spurs kelihatan menguasai permainan dan kelihatan seolah-olah perlawanan sudah berakhir dengan kemenangan kepada pasukan itu apabila Kane menanduk bola melepasi penjaga gawang Jeroen Zoet pada minit ke-55 untuk mendahului selepas Lucas Moura menyamakan kedudukan sekali gus memadam kelebihan PSV hasil gol jaringan Hirving Lozano pada minit ke-30.

Bagaimanapun Lozano menyambut bola lorongan rakan sepasukan untuk melepasi benteng Spurs pada minit ke-78, tetapi telah dihalang dengan keras oleh penjaga gol Hugo Lloris yang meninggalkan gawangnya. Terjahan keras di luar kotak penalti itu memaksa pengadil melayangkan kad merah kepada Lloris.




Pengurus Spurs Mauricio Pocchettino terpaksa mengeluarkan Heung-Min Son dan diganti dengan penjaga gol simpanan Michel Vorm.

Gol De Jong yang hanya menolak bola ke dalam gol selepas pergelutan dalam kotak penalti, memaksa Spurs berpuas hati dengan keputusan seri 2-2. – AFP