Di Maria selamatkan maruah PSG

The Argentine curled a brilliant left-footed effort into the top corner from the edge of the box deep into injury time

PARIS 25 Okt. – Jaringan pemain sayap Paris Saint-Germain (PSG), Angel Di Maria menyelamatkan maruah tuan rumah apabila menyamakan kedudukan 2-2 pada masa kecederaan babak kedua ketika menentang Napoli dalam saingan Kumpulan C Liga Juara-Juara hari ini.



Pemain kebangsaan Argentina itu melepaskan rembatan lencong ke arah kiri gawang pada minit ke-93, sekali gus menewaskan penjaga gol Napoli, David Ospina.

“Amat sukar untuk kami bergerak dalam satu pasukan untuk beraksi menentang Napoli. Yang pasti, kami perlu lebih kerap bermain,” ujar jurulatih PSG, Thomas Tuchel yang kecewa dengan keputusan tersebut sekalipun mencatat keputusan seri.

Napoli bijak mengucar-kacirkan bahagian tengah PSG sebelum dengan mudah meruntuhkan benteng pertahanan tuan rumah.




Di Perancis, PSG telah menang 10 perlawanan liga berturut-turut, namun di pentas Eropah mereka tewas kepada kelab besar seperti kalah kepada Liverpool 3-2.

“Kami perlu meningkatkan kualiti. Itu sudah pasti,” tambah Tuchel.

PSG kini menduduki tempat ketiga dengan pungutan empat mata dalam carta kumpulan, dengan Liverpool selaku pendahulu (enam mata) diikuti Napoli (lima mata), manakala Red Star Belgrade tercorot (satu mata).- AGENSI